Translator:

Ahad, 22 April 2007

Projek Anugerah Bertuah - Hati Emas

Mukadimah

Projek Anugerah Bertuah - Hati Emas adalah satu projek Blog Dalam Pendidikan yang diilhamkan oleh En.Mohd Jaszari Mohamed Basar ;Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Intergrasi Pelajar Bermasalah Pendengaran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Penggawa Barat, Pontian, Johor.

Memandangkan pelajar bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan masyarakat normal, menjadikan dunia mereka sempit apatah lagi komuniti mereka yang kecil jumlahnya, yang mana mereka hanya dapat berkomunikasi apabila berada di sekolah, maka satu altenatif difikirkan perlu untuk mencari penyelesain kepada masalah ini.Selain teknologi SMS yang semakin popular di kalangan orang pekak, teknologi blog adalah amat sesuai sebagai medium dalam memperkembangkan potensi diri pelajar bermasalah pendengaran atau pekak.

Projek "Blog Dalam Pendidikan" ini mengadaptasikan kemudahan "percuma" Google Blogger kerana ianya amat mudah dikendali, dilayari dan boleh dikemaskini bila-bila masa.Blogger juga telah menyediakan template yang canggih tetapi mudah kendalian dan mesra pengguna.Oleh itu ia amat sesuai untuk dijadikan medium dalam memperkembang dan memperluaskan skop P & P.Malah Blogger juga boleh dilayari dari mana-mana tempat, oleh sesiapa juga di serata dunia, membolehkan pengguna berhubung melalui 'link' kepada blog antara satu sama lain.Pengguna juga boleh terus memberi komen kepada blog dan ini memberi satu kemudahan perhubungan secara langsung antara blogger dengan blogger yang lain.Ini amat bermanfaat kepada komuniti berkaitan seperti guru, pelajar, pentadbir sekolah, ibubapa, atau sesiapa sahaja kerana mereka boleh berhubung, memberi komen, atau memberi sumbangan atikel atau link kepada blog berkenaan. Ini bermakna semua pengguna dalam komuniti blog dan pengunjung boleh berinteraksi pada bila-bila masa, di mana jua mengikut kesempatan.

Idea ini akan cuba diadaptasikan dalam pendidikan khas ini sebagai satu wadah untuk pelajar, guru, ibubapa, pihak sekolah dan semua komuniti di luar berganding bahu menyumbang tenaga dalam meningkatkan mutu dan pencapaian pelajar pendidikan khas bermasalah pendengaran secara langsung.

Saya percaya ini adalah satu cabang sebenar "SEKOLAH BESTARI".
Mungkin ada yang memperlekeh kerana penggunaan blog ini adalah sesuatu yang 'tidak canggih', tetapi sebenarnya blog sudah mendominasi dunia siber sekarang ini.Dan kuasa blog amat berpengaruh, sehingga masyarakat perniagaan online beralih kepada penggunaan blog berbanding laman web statik.Ini adalah kerana blog mudah dikendalikan, tidak perlu kemahiran profesional di bidang komputer dan yang penting ia boleh di kemaskini bila-bila masa tanpa bantuan software berbanding web statik.

Adalah diharapkan idea ini boleh menjadi pencetus dimensi baru dalam dunia pendidikan, "Blog Dalam Pendidikan".

Sekian.
Penyelaras PK SDPB.

Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor.

Tiada ulasan:

Sila Tinggalkan Pesanan Anda (GuestBook)

Deaf & Special Education News

Powered By
widgetmate.com
Sponsored By
Coupon Code

Memori Sepanjang sesi 2007