Panduan: Sekiranya terdapat 2 gambar atau lebih, maka gerakkan tangan mengikut urutan gambar.Contoh, Mereka '1'; Mereka '2', maka gerakkan tangan dari kedudukan tangan pada gambar '1' ke kedudukan tangan pada gambar '2'.

1. Saya - Tangan kanan "I" letak di dada.

2. Aku - Tangan kanan "A" ibu jari tegak,buat seperti "Saya".

3. Sendiri - Tangan kanan "A" kenakan hujung ibu jari pada dada.

4. Masing-masing - Tangan kanan "M" buat seperti "Sendiri".

5. Dia - Tangan kanan "D" lalu gerak dan tunjuk ke kanan.

6. Ia - Tangan kanan "A" ibu jari tegak buat seperti "Dia".

7. Beliau - Tangan kanan "B" buat seperti "Dia".

'1'

'2'
8. Mereka - Tangan kanan "M" tapak menghadap atas di kiri dada (gambar '1')lalu
bergerak ke kanan dada sambil tapak berpusing mengadap ke bawah (gambar '2').

9. Kamu - Tangan kanan terbuka tapak menghadap atas, gerak melengkung ke atas.

10. Engkau - Tangan kanan "E" buat seperti "Kamu".

11. Awak - Tangan kanan "A" tapak menghadap atas, buat seperti "Kamu".

12. Anda - Tangan kanan "A" ibu jari tegak lalu tunjuk ke depan.

'1'

'2'
13. Kami - Jari tunjuk tegak tapak menghadap kiri letak di tengah dada lalu bergerak melengkung ke dada kiri berakhir dengan tapak menghadap ke kanan.

'1'

'2'
14. Kita - Jari telunjuk tegak tapak menghadap depan letak atas kanan dada lalu bergerak ke kiri dada melengkung berakhir dengan tapak menghadap ke kanan.

'1'

'2'
15. Nama - Kedua-dua belah tangan "H" tapak menghadap dalam lalu letakkan "H" kanan menyilang di atas "H" kiri dua kali(2X).











Tiada ulasan:
Catat Ulasan