Panduan: Sekiranya terdapat 2 gambar atau lebih, maka gerakkan tangan mengikut urutan gambar.Contoh, Mereka '1'; Mereka '2', maka gerakkan tangan dari kedudukan tangan pada gambar '1' ke kedudukan tangan pada gambar '2'.

1. Warna - Tangan kanan "5",tapak menghadap ke dalam,hujung jari di depan dagu lalu gerakkan semua jari ke depan dan ke belakang satu persatu.

'1'

'2'
2. Merah - Tangan kanan "D", tapak menghadap dalam, hujung jari telunjuk kenakan pada bibir bawah (gambar 1), lalu turunkan ke bawah (gambar 2).

'1'

'2'
3. Hitam - Tangan kanan "D", hujung jari ke menghala ke kiri, letakkan di dahi (gambar 1), lalu tarik ke kanan (gambar 2).

'1'

'2'
4. Putih - Tangan kanan "S",bengkok hujung jari kanan kenakan dada (gambar 1), lalu gerakkan ke depan menjadi "O" leper (gambar 2).

'1'

'2'
5. Hijau - Tangan kanan "H", tapak menghadap ke dalam di sebelah kanan pipi (gambar 1)lalu dipusing hingga tapak menghadap ke hadapan (gambar 2).

'1'

'2'
6. Biru - Tangan kanan "B", buat seperti Hijau.

'1'

'2'
7. Kuning - Tangan kanan "K", buat seperti Hijau.

'1'

'2'
8. Jingga - Tangan kanan "I", buat seperti Hijau.

'1'

'2'
9. Kelabu - Tangan kanan "L", buat seperti Hijau.

'1'

'2'
10. Perang (warna) - Tangan kanan "R", buat seperti Hijau.

'1'

'2'
11. Ungu - Tangan kanan "N", buat seperti Hijau.
Kod Tangan Warna
Deaf-Online
Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat
1 ulasan:
salam alayk cikgu, saya mohon nak copy gambar isyarat warna ni. untuk anak murid deaf saya. `;)
Catat Ulasan