Panduan: Sekiranya terdapat 2 gambar atau lebih, maka gerakkan tangan mengikut urutan gambar.Contoh, Mereka '1'; Mereka '2', maka gerakkan tangan dari kedudukan tangan pada gambar '1' ke kedudukan tangan pada gambar '2'.
Ikut pergerakan tangan mengikut susunan gambar.
Gambar'1'

Gambar'2'

1.Tanya
- Tangan kanan 'T' di hadapan muka sebelah kanan atas lalu buat seperti bentuk'tanda tanya (?)'tanpa titik.
Gambar'1'

Gambar'2'

2. Soal
- Tangan kanan 'S' di hadapan muka sebelah kanan atas lalu buat seperti bentuk 'tanda tanya (?)' tanpa titik.
Gambar'1'

Gambar'2'

3. Apa
- Tangan kiri terbuka tapak menghadap kanan jari serong ke kanan,tangan kanan 'D' lalu hujung telunjuk kanan menggaris di tapak tangan kiri dari atas ke bawah.
Gambar'1'

Gambar'2'

Gambar'3'

4. Siapa
- Tangan kanan 'D', jari tunjuk ke tepi mulut lalu buat satu bulatan keliling mulut dari kedudukan gambar 1 hingga kedudukan gambar 2.

5. Bila
- Tangan kanan dan kiri 'D'.Jari tangan kiri tegak, sentuh hujung jari tangan kanan pada hujung jari telunjuk kiri lalu gerakkan tangan kanan membuat satu bulatan arah jam di depan telunjuk tangan kiri dan berhenti semula di hujung telunjuk kiri.
Gambar'1'

Gambar'2'

6. Mana
- Tangan kanan 'D' di hadapan muka sebelah kanan.Gerakkan kiri-kanan 2 kali.
Gambar'1'

Gambar'2'

7. Berapa
- Tangan kanan 'S' tapak menghadap ke atas.Buka (jentik ke depan) satu persatu jari dimulai jari telunjuk,jari hantu,jari manis dan jari kelingking.
Gambar'1'

Gambar'2'

8. Mengapa
- Tangan kanan '5' tapak menghadap dalam, sentuh hujung jari pada dahi lalu gerakkan tangan ke hadapan sambil menjadi 'Y' (tapak menghadap dalam).
Gambar'1'

Gambar'2'

9. Bagaimana
- Kedua-dua belah tangan terbuka, hujung jari ke dalam, rapat kedua-dua belakang tangan pada jari lalu pusingkan kedua-dua tangan itu ikut atas, tapak menadah sambil kedua-dua belah tangan menjadi '5'.









0 ulasan:
Catat Ulasan